[AdoptAHafiz] Safwat Al-Huffaz 2.0

Safwat Al-Huffaz adalah program tahunan di mana penghafaz al-Quran yang berkelayakan tinggi berkumpul di satu tempat (selepas lulus beberapa ujian) untuk membaca keseluruhan al-Quran dalam satu majlis (dari solat Subuh hingga solat Maghrib) untuk mengukuhkan dan menyemak hafalan mereka. Seramai 1,471 huffaz Al-Quran berkumpul pada tahun ini (Safwat Al-Huffaz kali ke- 2), termasuk yang ditaja oleh MyCARE, dan berjaya membaca al-Quran secara keseluruhannya. Suasana ini sangat menakjubkan.
 
Para Huffaz ini terdiri daripada yang muda dan tua, wanita dan lelaki, polis dan jururawat, doktor dan jurutera, guru dan pelajar, orang kurang upaya dan orang berkeperluan khas, semuanya berkumpul dengan satu hati untuk membaca al-Quran. Majlis graduasi itu diwarnai dengan emosi yang luar biasa apabila lebih 10,000 orang berkumpul untuk berkongsi kegembiraan bersama para penghafal dan pengiktirafan sewajarnya yang mereka terima.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
MyCARE memberi penghormatan kepada 25 orang pelajarnya dan 25 orang gurunya (di bawah projek Adopt A Hafiz) yang telah menyertai acara julung kali ini. Antara momen indah apabila pemenang cabutan bertuah pakej umrah menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi.
 
Terima kasih orang baik yang bersama dalam projek Adopt a Hafiz. Siapa tidak bangga dapat melahirkan generasi al-Qur’an di Palestin, kan? Bayangkan saham akhirat kita berganda-ganda kerana menaja para hafiz di Palestin! Sumbangan anda akan membiayai yuran pengajian, peralatan, insentif guru al-Quran dan kemudahan pengajian.
 
Untuk menyumbang ke tabung AAH, klik:
https://mycare.qrd.by/aah
 
atau salurkan terus ke akaun:
CIMB MyCARE – 8602135592
(Rujukan: Taja Hafiz)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000