Pasukan IMT menyokong kerja-kerja kemanusiaan MyCARE di Cotabato

COTABATO, 21 Mac 2017 – Selain bantuan kepada Anak-Anak Yatim di Bulacan dan Marawi City, MyCARE turut melaksanakan agihan sumbangan untuk 24 orang ibu tunggal di Sultan Mastura Dagurongan serta Sultan Kudarat Ladia, Sekolah Anak Yatim Cotabato di Sultan Kudarat Salimbao serta serahan sumbangan dan Aqiqah di Sekolah Anak Yatim di Sultan Mastura Tapayan.
Ibu tunggal yang majoritinya surirumah ini dipilih berdasarkan kehidupan mereka yang dhaif setelah kematian suami masing-masing. Di samping wang tunai, tudung, alat tulis dan lampu solar turut diagihkan.









Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Program di Cotabato ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada “The International Monitoring Team (IMT). Tuan Shahrul Anwar bin Abdul Latif, Head Coordinator, IMT-CPC dan pasukan telah bersama dengan MyCARE dalam setiap aktiviti di Cotabato.
Wakil-wakil MyCARE turut mengunjungi Ibu Pejabat IMT di Rosary Height, Cotabato City. Dalam Majlis ringkas penuh ukhuwah kedua-dua pihak saling bertaaruf dan wakil MyCARE telah membentangkan latarbelakang dan aktiviti MyCARE.
Dalam ucapan ringkasnya, Major General Datuk Haji Masrani bin Paiman, Head of Mission (HOM) IMT M-12 mengucapkan tahniah dan sokongan terhadap usaha MyCARE kepada masyarakat di Cotabato. Beliau turut mengalu-ngalukan kerjasama berterusan antara IMT dan MyCARE dalam kerja-kerja kemanusiaan dan pembangunan masyarakat di sana.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per