Penyerahan sumbangan kelengkapan musim sejuk, pemanas dan bahan bakar kepada pelarian Iraq

https://www.facebook.com/salamiraqhq/videos/1244477032273117/
 
https://www.facebook.com/salamiraqhq/videos/1244507378936749/

Konflik di Mosul menyebabkan ribuan keluarga terpaksa melarikan diri apabila tentera Iraq dan sekutunya mengumumkan untuk mengambil alih semula Mosul daripada jajahan ISIS. Keadaan pelarian-pelarian ini sangat mendukacitakan disebabkan derita perang ditambah dengan musim sejuk yang melanda.
Mereka meninggalkan Mosul dengan hanya pakaian asas bahkan ada yang sehelai sepinggang. Pelarian-pelarian Mosul ini ditempatkan di beberapa kem pelarian.
MyCARE, di bawah agensi Salam Iraq mengambil inisiatif melancarkan kempen Winter Relief 2016 (Bantuan Musim Sejuk 2016) bagi menyalurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik.
Bantuan ini terdiri daripada pakaian musim sejuk, selimut, pek makanan, tilam, alat pemanas dan bahan pembakar ke kem pelarian Khazar dan Khazi dengan kerjasama NGO setempat, al-Rakeezah Foundation for Relief and Development.
Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu-individu penyumbang dari Malaysia khususnya, syarikat-syarikat korporat, penyumbang dari Singapura dan Brunei, dan seluruh rakyat Malaysia yang memberikan kepercayaan kepada MyCARE bagi menghulurkan bantuan anda kepada saudara-saudara kita di Iraq. Semoga Allah senantiasa memberi rahmah kepada para penyumbang bersama ahli-ahli keluarga dan digandakan rezeki untuk terus istiqamah membantu isu-isu kemanusiaan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.  

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa