Tabung Kecemasan Gempa Aceh

7 Dis – Awal pagi tadi (sekitar jam 5 pagi waktu tempatan), Aceh dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter berpusat 120km di tenggara Banda Aceh. Wilayah Pidiejaya paling teruk terkesan setakat ini dengan jumlah korban mencecah 52 orang. Lebih 100 struktur bangunan dilaporkan musnah termasuk 15 buah rumah, 5 buah masjid, sekolah,kedai dan stesen minyak.

MyCARE ketika ini berhubung secara langsung dengan rakan-rakan NGO dalam gabungan South East Asia Humanitarian Committee (SEAHUM) di Indonesia untuk mendapatkan maklumat terkini dan bersiap sedia untuk menghantar bantuan kecemasan yang diperlukan. Keperluan utama ketika ini ialah makanan, air bersih, khemah perubatan, khemah ibadah, tandas, selimut, tuala wanita dan keperluan bayi.
Justeru, MyCARE dengan ini melancarkan ‘Tabung Kecemasan Gempa Aceh’ bagi menyalurkan bantuan ke sana. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ melalui akaun berikut:
Maybank Islamic – 5642 5856 0698
CIMB Islamic – 8602 13 5592
Bank Islam – 1209 2010 0349 04
Ayuh, bersama kita peduli kemanusiaan di Aceh!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

MyCARE Road Tour 4.0 kembali lagi!

Dari hujung bulan Julai hingga November 2026, kami akan menjelajah ke seluruh Malaysia membawa satu misi yang lebih besar, lebih mendalam dan lebih bermakna.Tahun ini,

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan