Susulan tragedi kebakaran yang berlaku di kem pelarian Kutupalong di Cox’s Bazar, MyCARE telah menyalurkan bantuan kecemasan kepada 200 keluarga mangsa yang terlibat.
Kebakaran di kem pelarian Rohingya terbesar ini telah mengakibatkan seorang kanak-kanak berumur 6 tahun maut dan ribuan mangsa kehilangan tempat tinggal.
![]()
![]()
![]()
Sejak Januari lalu, kem ini mengalami tragedi kebakaran sebanyak 6 kali dan yang paling dahsyat berlaku pada 9 Januari 2022 diikuti 4 kebakaran kecil pada Februari dan terakhir pada 9 Mac 2022.
Bahan binaan tempat tinggal yang diperbuat daripada buluh dan kain kanvas menyebabkan api mudah tersebar.
Lebih daripada 7,000 orang hilang tempat tinggal termasuk bekalan makanan, duit simpanan dan sebagainya.
MyCARE telah menyalurkan sumbangan bekalan makanan kepada 200 buah keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Teruskan menyumbang di:
https://mycare.qrd.by/umum
“Nurturing Humanity, Making a Difference”
EDU TRIP 2026: Pendidikan Tanpa Sempadan
Setiap anak berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui program Edu Trip 2026, anak-anak yatim dan asnaf yang merupakan Pelajar Learning Centre MyCARE