[WomenEmpowerment] Projek Ternakan Kambing

Program pemerkasaan wanita diteruskan dengan projek ternakan kambing dengan kerjasama NGO tempatan Al-Dar Agricultural Organisation.
 
Seorang balu dipilih setelah melepasi penilaian yang turut disahkan oleh Kementerian Kebajikan Gaza. Beliau merupakan pencari nafkah utama dalam keluarganya bagi menampung perbelanjaan seharian serta yuran universiti anaknya.
 
Pihak MyCARE juga telah menggunakan khidmat veterinar dalam pembelian haiwan ternakan daripada pembekal yang juga menpunyai lesen sah dari Kementerian Pertanian Gaza.

 

 

 

 

 

 

 

Sebanyak 3 ekor kambing dan bekalan dedak diberikan sebagai permulaan projek ternakan ini.
 
Atas pengalaman yang cukup dan usaha keras, penerima manfaat berjaya menguruskan projek ini serta memanfaatkan hasil ternakan.
 
Ekonomi keluarganya juga kini bertambah baik.

 


 

 

 
Terima kasih kepada para penyumbang MyCARE yang sentiasa memberikan sokongan kepada usaha-usaha yang dilaksanakan.
 
Teruskan membantu di:
https://donate.mycare.org.my/
 
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

MyCARE Road Tour 4.0 kembali lagi!

Dari hujung bulan Julai hingga November 2026, kami akan menjelajah ke seluruh Malaysia membawa satu misi yang lebih besar, lebih mendalam dan lebih bermakna.Tahun ini,

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan