Bantuan pam air solar & tangki air

Lawatan pertama peserta Misi Kemanusiaan MyCARE ke Afghanistan di Kem Pelarian IDP di pinggir Kabul pada Jumaat minggu lepas telah membawa kepada tindakan pantas menyelesaikan masalah beberapa kerosakan telaga Sumber Air Bersih di Kem Pelarian IDP Qambar Square (sekitar 5 km dari pusat bandar Kabul).

 

MyCARE dan IKRAM memberikan bantuan dengan membaik pulih pam manual yang rosak kepada pam elektrik menggunakan tenaga solar dan membekalkan sebuah tangki air bersih.

 

 

Projek bernilai USD2,200 ini disumbangkan oleh para dermawan melalui tabung MyCARE dan IKRAM serta dilaksanakan oleh pertubuhan NGO tempatan, JACK.

 

Pam air sedalam 80 meter ini telah mula berfungsi dan sejurus itu, penduduk di sini berpusu-pusu untuk mendapatkan bekalan air.

 

Pam air ini dapat membekalkan air bersih kepada sekitar 320 keluarga dan jemaah masjid di kem tersebut.

 

 

Semoga pahala anda semua mengalir seperti air-air bersih ini yang memanfaatkan kehidupan seharian mereka.

 

Jazakumullahu khairan.

 

Ayuh bersama ringankan beban mereka di:

 

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592

 

Rujukan: Afghanistan

 

Sila hantarkan maklumat ke email campaign@mycare.org.my atau Whatsapp ke wasap.my/60189089282

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

MyCARE Road Tour 4.0 kembali lagi!

Dari hujung bulan Julai hingga November 2026, kami akan menjelajah ke seluruh Malaysia membawa satu misi yang lebih besar, lebih mendalam dan lebih bermakna.Tahun ini,

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan