Seri Kembangan – 400 pek makanan telah diagihkan kepada pelarian Rohingya di beberapa kawasan di Selangor.

Pek makanan yang terdiri daripada beras, kacang dhal, bawang putih, bawang merah, bihun, gula, tepung dan ubi kentang ini diedarkan secara berperingkat-peringkat di madrasah dan komuniti Rohingya antaranya komuniti Sungai Tekali, Sungai Sekamat, madrasah Rohingya di Puchong Intan, Madrasah Khairiah, Madrasah ERCA (Ethnic Rohingya Committee Arakan), komuniti Rohingya miskin dan lain-lain.

Lagi gambar-gambar di FB MyCARE

Sumbangan ini adalah sumbangan fidyah oleh rakyat Malaysia untuk pelarian Rohingya yang berada di Selangor sebagai persediaan awal menghadapi Ramadan.

Terima kasih kepada para penyumbang dan sukarelawan yang telah banyak membantu kerja-kerja kemanusiaan MyCARE dan agensi-agensi di bawahnya.