1 Group 1 Orphan minggu pertama

Sempena bulan anak yatim yang sedang berlansung sepanjang Mac ini, MyCARE akan melancarkan kempen ‘1 Group 1 Orphan’.
Kempen ini bertujuan untuk memberi peluang kepada individu dan masyarakat menaja anak yatim secara berkumpulan dengan nilai yang mampu taja.
Setiap penajaan adalah terdiri daripada 10 orang penyumbang bagi tempoh 12 bulan. Dengan tajaan serendah RM228/setahun seorang, kempen ini juga mengalakkan penyumbang untuk menaja lebih ramai anak-anak yatim yang memerlukan bantuan tanpa mengira fizikal, jantina, umur dan negara.
“Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini.” Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya (Al- Bukhari).
Dari Hadith ini, Rasulullah SAW ingin menyatakan kepada kita betapa tinggi dan dekatnya kedudukan antara Rasulullah SAW dan orang yang mengambil berat tentang nasib anak-anak yatim.
Justeru, marilah kita menjayakan kempen ini agar dapat kita bersama-sama membantu meringankan beban dan memberi keceriaan pada wajah anak-anak yatim ini.

Borang tajaan boleh didapati pada setiap gambar anak yatim yang ingin ditaja dan akan didaftarkan setelah ahli kumpulan cukup 10 orang. Pihak kami akan menghubungi anda setelah borang diterima untuk pengesahan kumpulan anak yatim yang akan ditaja.
Pendaftaran dengan sumbangan sebanyak RM228/setahun seorang, semua kumpulan yang telah mendaftar akan diberikan:
• Profil anak yatim yang telah ditaja.
• Laporan tahunan setiap tahun
PEMBAYARAN TAJAAN ATAS NAMA:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
Maybank – 5515 7500 4299
Bank Islam – 1209 20100 34904
CIMB – 8602 135 592
Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:
E-mail: account@mycare.org.my
WhatsApp: 013-7444760
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Pn Norlela Hussin: 03-89412341 / 013-7444760

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju