MyCARE di Majlis Hari Raya PPPNP

IPOH, 20 Jun 2019 – MyCARE telah dijemput bersama untuk meraikan majlis Hari Raya Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP). Bertemakan Solidariti Kedamaian, majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi PPPNP yang juga merupakan Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu beserta CEO, Tuan Haji Yahanis Yahya.

Di dalam majlis tersebut MyCARE yang diwakili oleh CEO, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar dan Pengerusi MyCARE Perak, Hj Ainol Azhar Jamil telah menyampaikan cenderahati penghargaan kepada YAB Menteri Besar selaku alumni kapal MV Rachel Corrie yang berlayar pada Mei 2010 menuju Gaza di dalam usaha keamanan dan telah diculik oleh tentera Israel di perairan antarabangsa.

MyCARE kini adalah anggota Freedom Flotilla Coalition yang menggabungkan beberapa beberapa NGO antarabangsa dari pelbagai negara di dalam usaha untuk memecahkan kepungan laut terhadap Gaza.

MyCARE telah terlibat di dalam misi-misi laut bersama Mavi Marvara (2010), Women’s Boat to Gaza (2016) dan Just Freedom For Palestine (2018).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[PalestinDiserang] Makanan panas untuk Gaza

Di tengah konflik kemanusiaan di Selatan Gaza, MyCARE dan SPANCH telah melaksanakan satu inisiatif yang dipanggil Al-Takiyah: penyediaan makanan harian untuk keluarga rentan.   Selama

MyCARE Road Tour 2025

MyCARE Road Tour (MRT) kembali lagi dengan tema Bersamamu Palestin.Pelbagai aktiviti menarik akan menemui anda di MyCARE Negeri seluruh Malaysia.Simpan tarikh-tarikh penting berikut. MRT 3.0