JOHOR BAHRU, 14 November 2019 – Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada warga Tabika Perpaduan Johor Bahru atas sumbangan yang diusahakan untuk anak-anak yatim Palestin, Syria, Yaman dan Rohingya di bawah kelolaan MyCARE.

Cik Roha Hassan, selaku Pengurus Besar MyCARE telah hadir untuk menerima replika mock cheque dari pihak Jabatan Perpaduan Negeri Johor iaitu dari Puan Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Johor, Puan Hajah Safidah binti Abu Samah dan juga Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru, Puan Dayangku Kamaliah, ibubapa serta anak-anak dari Tabika Perpaduan Daerah Johor Bahru.

Pihak MyCARE merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga Perpaduan Daerah Johor Bahru atas sokongan dan kerjasama yang diberikan bersama-sama MyCARE dalam menyantuni anak anak yatim di bawah kelolaan MyCARE.

Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW;

“Aku dan orang yang memelihara anak yatim, di syurga nanti seperti ini (sambil menunjukkan dua jarinya – bermaksud jaraknya amat dekat).”

Hadis Riwayat Bukhari

Berdasarkan hadis Baginda Nabi SAW tersebut, jelas menunjukkan kelebihan buat mereka yang memelihara dan menyantuni anak-anak yatim.