[VOLUNTEER] TOV Skills – TALK.KING: Komunikasi Berkesan

“Lebih berkeyakinan untuk menyantuni penerima manfaat nanti.”
“Latihan ini sangat berguna, relatable dan praktikal.”
“Secara ringkasnya slot sangat banyak memberi input yang berguna, bukan sahaja untuk situasi kerja sukarelawan.” Itu adalah antara maklumbalas dari peserta mengenai latihan ini.

 

Alhamdulillah, satu sesi latihan bertajuk TALK.KING: Komunikasi Berkesan yang penuh bersemangat dan bermanfaat telah berjaya dianjurkan bersama Tuan Amar Shafie, seorang jurulatih pakar motivasi.

 

Dengan konsep ‘sentuh hati sebelum bakti’, beliau menyatakan kepentingan menyapa dengan mesra, membina hubungan positif dan mewujudkan suasana yang selesa dalam setiap interaksi.

 


 

 

 

Melalui latihan bertemakan “Komunikasi Berkesan – MyCARE Prihatin Menyapa Dunia”, para peserta didedahkan dengan:

 

Teknik menyapa dengan senyuman dan penggunaan kata panggilan yang betul
Cara berinteraksi dengan penuh empati
Kepentingan bahasa badan dalam komunikasi
Latihan amali dan simulasi situasi sebenar
Tips mengurus konflik secara profesional dan berhikmah

 

Alhamdulillah, energi positif yang terhasil sesama peserta membuktikan bahawa komunikasi yang baik dan mesra mampu mencipta impak besar dalam persekitaran kerja mahupun ketika dalam khidmat menyantuni masyarakat.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Kita kena lead!
“Selalu tukar point of view!”
“Luaskan pengalaman!”

 

Kesimpulan dan mesej utama yang dibawa telah berjaya dihayati oleh setiap peserta yang hadir. Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan yang terlibat serta Tuan Amar Shafie atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

 

Semoga semangat salam mesra terus mekar dalam budaya kerja kita dan menjadi seorang sukarelawan yang mempunyai empati dalam berinteraksi ketika menyantuni!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.