Training Of Volunteer (TOV) 2022

Alhamdulillah, seramai 25 peserta telah mengikuti Training of Volunteer (TOV) anjuran MyCARE pada 23 Julai 2022 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
 
Kali ini, TOV kembali lagi secara bersemuka setelah dua tahun diadakan secara maya dan buat julung kalinya, TOV kali ini turut disertai oleh barisan mentor dan fasilitator yang mempunyai pengalaman dalam dunia kesukarelawanan.

 

 

 

 

 

 
Bukan itu sahaja, para peserta juga didedahkan dengan isu kemanusiaan yang mengkhususkan isu Palestin. Semoga sedikit sebanyak perkongsian memberi impak yang baik buat para peserta dalam menambah pengetahuan untuk menyumbang kepada Palestin.
 
Dalam sesi “Why are we here?” yang juga diadakan buat kali pertama telah membuka hati dan minda bukan sahaja para mentor dan fasilitator tetapi peserta juga melalui pelbagai perkongsian yang menarik dalam dunia kesukarelawanan. Reaksi yang positif dalam kalangan peserta juga diterima pada akhir program.

 


 

 

 

 

 

 

 
Berjumpa lagi kita di sesi Training of Volunteer (TOV) seterusnya. Nantikan pengumuman berikutnya.
 
Daftar sukarelawan di website MyCARE
https://www.mycare.org.my/get-involved/

 
Ikuti saluran Telegram untuk mengetahui aktiviti sukarelawan
https://t.me/VolunteerMyCARE

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.