Terima kasih SME Bank!

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2018 – Pihak SME Bank telah menaja kelengkapan baju raya dan kasut raya untuk para pelajar dan guru Maahad Tahfiz al-Amin MyCARE seramai 10 orang bertempat di Jakel Mall. Maahad Tahfiz al-Amin adalah sekolah tahfiz yang dikendalikan oleh MyCARE bagi membantu pelajar-pelajar Rohingya mempelajari al-Quran.
Pihak SME Bank diketuai Pn Saripah Radziah (Head Public Relations) serta 4 orang pegawai SME Bank membantu para pelajar Rohingya memilih baju raya, sampin dan songkok. Selain itu, pihak SME Bank juga menyerahkan sumbangan berjumlah RM500 untuk pembelian kasut baharu kepada para pelajar tahfiz.
 


Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SME di atas sumbangan yang berterusan. Pastinya dengan pemberian ini, Hari Raya anak-anak ini lebih girang dan meriah dengan kelengkapan yang baru. Semoga kerjasama kemanusiaan ini dapat diteruskan pada masa akan datang!
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.