Susu Formula Bayi

Bayi-bayi di Gaza sedang menghadapi krisis yang sangat kritikal.
 
Mengikut laporan rasmi antarabangsa sehingga 1 Disember 2025, UNICEF menyatakan bahawa kebanyakan keluarga di Gaza kini tidak mempunyai akses kepada makanan asas, air bersih, rawatan perubatan dan termasuklah susu formula bayi.

Stok susu formula di hospital, farmasi dan kedai semakin berkurangan, malah ada hospital melaporkan mereka tidak lagi mempunyai sebarang bekalan susu bayi.

Ramai ibu tidak mampu menyusukan anak kerana mereka sendiri mengalami kelaparan dan kekurangan zat. Disebabkan terdesak, sebahagian bayi diberi air atau campuran makanan yang tidak sesuai, dan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan penyakit, kekurangan nutrisi dan kematian.

Doktor di Gaza turut memberi amaran bahawa keadaan ini semakin kritikal dan bilangan bayi yang berisiko semakin meningkat.

Mereka amat memerlukan bantuan segera. MyCARE telah melaksanakan 3 kali penyaluran susu formula dan kami merancang untuk memperbanyakkan bantuan ini.

Dengan sumbangan susu formula, kita boleh membantu memastikan bayi mendapat nutrisi yang sangat penting untuk terus hidup dan membesar. Kita juga membantu keluarga yang kehilangan ibu atau ibu yang tidak mampu menyusukan anak mereka. Hospital dan pusat pemindahan juga sangat memerlukan bekalan susu formula untuk bayi yang kini semakin ramai.

Setiap sumbangan memberi peluang hidup kepada seorang bayi. Setiap tin susu yang disumbangkan memberi harapan kepada satu nyawa kecil yang sedang berjuang.

Bantu mereka di:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

Bersama kita bina semula Gaza.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan makanan Kemboja

Konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand telah menyebabkan lebih daripada setengah juta orang dipaksa meninggalkan rumah mereka dan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan asas mereka