Setakat ini hanya dua orang dari 22 ahli misi kapal Al-Awda dibebaskan. Mereka adalah ketua kapal, Zohar Chamberlain Regev dan bekas kapten tentera udara Israel, Yonathan Shapira. Kedua-dua mereka adalah warganegara Israel.
Menurut sumber Freedom Flotilla Coalition, wakil tunggal Malaysia Prof Madya Dr. Mohd Afandi Salleh masih ditahan di penjara Givon, Israel.
Sama-sama kita doakan urusan pembebasan Dr. Afandi dan ahli misi alAwda dipermudahkan.
Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Ketua Pegawai Eksekutif
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
Kempen Bencana Sumatera
Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu