Projek Pemulihan Telaga Air – Fasa 2

MyCARE Gaza dengan kerjasama Majlis Perbandaran An-Nuseirat dan sokongan Media Prima telah berjaya membuat pemulihan Telaga Al-Intisar, yang kini memberikan akses air bersih kepada lebih 25,000 penduduk di Gaza.

 

Telaga Al-Intisar tidak berfungsi sejak Oktober 2023 akibat kerosakan mekanikal, risiko keselamatan untuk pemulihan, dan perpindahan penduduk.

 

Pemulihan ini sangat penting bagi memastikan keperluan air bersih yang sangat mendesak selepas gencatan senjata dan kembalinya ribuan keluarga ke rumah mereka.

 

 

 

Dengan kapasiti pengeluaran 50 meter padu per jam, pemulihan telaga ini kini memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Kem An-Nuseirat Baru, Abu Shamala, dan Abu Al-Husain.

 

Akses kepada air bersih mengurangkan risiko penyakit dan memperbaiki keadaan kesihatan serta sanitasi masyarakat. Kembalinya bekalan air turut membantu pemulihan ekonomi, membolehkan keluarga membina semula rumah dan kehidupan mereka.

 

 

Kami ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Media Prima atas sokongan dan sumbangan mereka yang tidak ternilai.

 

Terima kasih kerana bersama MyCARE dalam memastikan masa depan yang lebih cerah untuk Gaza.

 

Setiap titisan air yang kini mengalir ke rumah-rumah mereka adalah simbol kasih sayang dan solidariti kita.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.