Program Imunisasi Kebangsaan Measles Rubella

MyCARE telah bersama Klinik Kesihatan Sungai Chua, Kajang, PKD Hulu Langat dalam Program Imunisasi Kebangsaan bagi suntikan vaksin kepada komuniti pelarian Palestin, Syria, Yaman dan penduduk di sekitar Surau Al-Ikhlas, Taman Berjaya.

 

Suntikan ini bertujuan untuk melindungi mereka daripada penyakit campak dan rubella yang boleh menyebabkan komplikasi serius, meningkatkan liputan imunisasi dan memberi perlindungan awal bagi mencegah penularan lebih meluas penyakit berkenaan.

 

Selain suntikan, sukarelawan juga telah melaksanakan aktiviti psikososial Caturmatik yang merupakan satu inovasi permainan catur, dam katak dan dam roket yang dimasukkan elemen subjek Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain inovasi oleh SK Buluh Nipis (SEKEBUN) untuk menarik minat kanak-kanak dalam pembelajaran.

 


 

 

 

 

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah meluangkan masa dan tenaga. Kehadiran anda bukan sahaja membantu pasukan perubatan, tetapi juga membawa senyuman dengan tambahan aktiviti sokongan kepada komuniti yang memerlukan.

 

Untuk makluman, kami sedang mengumpul dana untuk Back To School. Ayuh! Bantu kami mencapai sasaran untuk membantu ramai asnaf dalam Malaysia.

 

Imbas QR atau salurkan sumbangan ke:

 

Humanitarian Care Malaysia
CIMB: 8602 135 592
Rujukan: Back2Schoolvol

 

Selepas membuat sumbangan, sila hantarkan bukti pembayaran melalui WhatsApp http://wasap.my/60183675212

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan makanan Kemboja

Konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand telah menyebabkan lebih daripada setengah juta orang dipaksa meninggalkan rumah mereka dan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan asas mereka