Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.
 
Berbaju Baru Terasa Ceria,
Cantik Dipakai Di Hari Raya,
Diri Dan Keluarga Sudah Bergaya,
Taja Pula Baju Raya Untuk Dia.
 
Negara Kita Aman Sentosa,
Jauh Dari Segala Bencana,
Pada Yatim Dan Asnaf Jangan Dilupa,
Barulah Hidup Indah Terasa.
 
Seperti tahun-tahun sebelum ini, MyCARE mengadakan program Baju Raya Untuk Dia.
 
Sebanyak 1,000 helai baju raya disasarkan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan termasuk asnaf, pelarian, anak-anak yatim, ibu tunggal dan juga Orang Kurang Upaya (OKU).
 
Ayuh kejar pahala bulan Ramadan dengan bersedekah dan menggembirakan anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan.
 
Salurkan sumbangan anda kepada anak yatim melalui:
https://mycare.qrd.by/tajayatim
 
Atau taja anak yatim secara bulanan atau tahunan. Penyumbang yang berniat menaja anak yatim boleh mendaftar di sini:
https://mycare.qrd.by/sponsorshipyatim
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
 
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.