Penyaluran pek makanan di Bait Lahia

Anak-anak Gaza gembira terima sumbangan rakyat Malaysia

Lihatlah kegembiraan dan senyuman yang terukir oleh anak-anak ini. Semua ini adalah kerana anda!

Untuk penyaluran pertama kempen MyRamadan di Gaza, team kami menghantar bantuan kepada keluarga-keluarga di tahap miskin terlampau yang berada di Bait Lahia.

Sebanyak 20 pek makanan telah diserahkan bakal memanfaatkan 140 orang.

Gambar-gambar lain di album Aqsa Syarif

Pegawai kami di Gaza telah mendapatkan data dan maklumat yang terperinci hasil kerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Sosial Palestin dan bantuan NGO-NGO tempatan. Ini bermaksud sumbangan anda sampai kepada saudara kita yang benar-benar memerlukan!

Kami mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan.

Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita belum lagi mendapat pek makanan, tajaan iftar dan sahur. Salurkan sumbangan anda di:

https://donate.mycare.org.my/c/myramadan

Semoga ada sinar kegembiraan buat mereka di bulan Ramadan dan di musim COVID-19 ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.