[Penajaan] Sehelai Baju Raya MyCARE x SPE KL

Tiada yang lebih menggembirakan buat anak-anak yatim menjelang Syawal selain dihadiahkan sepasang baju raya.

 

Kegembiraan itu telah diisi dengan program Sehelai Baju Raya anjuran SPE (Society of Petroleum Engineers) dengan kerjasama MyCARE (Humanitarian Care Malaysia Berhad) di Jakel Bangi. Tahun ini merupakan tahun ketiga perlaksanaan program ini.

 

Seramai 231 orang anak-anak yatim dan asnaf daripada 7 buah rumah anak yatim dan kebajikan telah menyertai program yang sangat istimewa ini.

 


 

 

 

 


 

 

 

Rumah-rumah tersebut adalah Tahfiz Al-Amin, Rumah Kebajikan Amal Rukaiyah, Persatuan Kebajikan Dan Perlindungan Rumah Jalinan Kasih, Rumah Bakti Al-Kausar, Pertubuhan Kebajikan Raudhatul Al-Faeez, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Rumah Bakti Nur Syaheera.

 

Program ini telah berjaya mengukir senyuman di wajah anak-anak yatim. Manakala sukarelawan mendapat pengalaman dan keceriaan mengembirakan golongan yang memerlukan.

 
Tonton video
 

Pihak SPE dan MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang, penaja, sukarelawan, kakitangan Jakel dan pengiring yang terlibat menjayakan program ini.

 

Salurkan sumbangan anda kepada anak yatim melalui:

 

Atau taja anak yatim secara bulanan atau tahunan. Penyumbang yang berniat menaja anak yatim boleh mendaftar di sini:

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

 

Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.