Success Story PEKB: Encik Herman
Herman merupakan salah seorang peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB)
Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bertujuan untuk membantu penduduk bandar daripada golongan B40 meningkatkan taraf hidup mereka. Objektif utama PEKB adalah untuk mengurangkan kemiskinan bandar melalui latihan kemahiran dan bimbingan perniagaan. Program ini mahu memastikan peserta dapat menjana pendapatan sendiri, sama ada dengan bekerja atau memulakan perniagaan kecil-kecilan secara mampan.
Kumpulan sasaran PEKB adalah:
Warganegara Malaysia.
Penduduk di kawasan bandar (khususnya di Projek Perumahan Rakyat/PPR atau kawasan perumahan kos rendah).
Golongan berpendapatan rendah (B40) yang berdaftar dalam sistem eKasih atau yang disahkan layak oleh jawatankuasa berkaitan.
Individu yang berminat untuk berniaga atau meningkatkan kemahiran sedia ada.
PEKB bukan sekadar memberi bantuan wang tunai, tetapi ia melibatkan modul yang lebih menyeluruh:
Latihan Kemahiran: Peserta diberikan kursus dalam pelbagai bidang seperti masakan, jahitan, gunting rambut, kraf tangan, servis penghantaran, penyelenggaraan air-cond, dan banyak lagi.
Bantuan Peralatan (Kit Perniagaan): Selepas tamat latihan, peserta biasanya akan dibekalkan dengan peralatan atau mesin yang berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari untuk memulakan perniagaan.
Kursus Motivasi & Pengurusan Kewangan: Peserta diajar cara menguruskan aliran tunai, pemasaran, dan cara mengekalkan perniagaan dalam jangka masa panjang.
Pemantauan: Pihak KPKT melalui badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik akan memantau perkembangan pendapatan peserta selama beberapa bulan bagi memastikan mereka benar-benar keluar daripada garis kemiskinan.
Uniknya PEKB ialah pelaksanaannya dilakukan secara kolaborasi dengan NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan). NGO ini berperanan sebagai mentor yang melatih, membimbing, dan memantau peserta sehingga mereka mampu berdikari. Antara badan NGO yang telah diiktiraf untuk program PEKB ini adalah MyCARE dan kerjasama ini telah bermula sejak tahun 2023.
Herman merupakan salah seorang peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB)
Faizal merupakan seorang usahawan yang sentiasa konsisten dalam menjaga kualiti setiap produk yang dihasilkannya agar
Foto-foto yang kami kongsikan adalah aktiviti dan produk yang disediakan oleh para peserta PEKB di
“Saya tiada pendapatan sebelum ini. Setelah mengikuti kursus PEKB anjuran MyCARE dan KPKT ini. Saya
“Anak-anak ini telah kehilangan ayah masing-masing, mereka bertiga sangat gembira menerima Biskut Kasih dari MyCARE.”
Menjadi ibu tunggal memerlukan kekuatan yang tidak pernah mereka tahu mereka miliki. Kenali Puan
Kelab Usahawan MyCARE telah dilancarkan pada Oktober 2024 sebagai satu inisiatif program jangka panjang oleh MyCARE bagi memperkasakan usahawan-usahawan di Sabah. Penubuhan kelab ini bertujuan menyediakan sokongan berterusan melalui bimbingan, perkongsian ilmu, pembangunan kapasiti serta jaringan strategik agar para usahawan mampu membina perniagaan yang mampan, berdaya saing dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.
Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2023 di Sandakan, Sabah telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama KPKT dan MyCARE, melibatkan 30 peserta eKasih. Sepanjang 7 hari 6 malam, peserta dibekalkan ilmu keusahawanan secara menyeluruh dan akan dipantau selama 3 hingga 6 bulan bagi memastikan kelestarian perniagaan.
Seramai 40 peserta eKasih di Bintulu, Sarawak telah menamatkan kursus PEKB 2025 dengan penuh disiplin dan komitmen. Dengan bimbingan jurulatih MyCARE, peserta kini bersedia memulakan perjalanan perniagaan mereka ke arah kehidupan yang lebih mampan.
Program kerjasama KPKT dan MyCARE ini memberi pendedahan ilmu keusahawanan kepada komuniti bandar Miri. Seterusnya, 35 orang peserta akan memulakan perniagaan masing-masing dengan pemantauan berterusan oleh MyCARE.
Kesungguhan semua peserta membolehkan mereka semakin berjaya daripada seorang tanpa pendapatan, kini mula menjana pendapatan untuk keluarga. Ada antara mereka yang asalkan RM0 pendapatan, kini menjana pendapatan 4 angka. Semoga para peserta PEKB MyCARE x KPKT terus berusaha sehingga berjaya mencapai impian sebagai usahawan.