Ramadan 137H: Ibadah Kita Kegembiraan Mereka
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan agensi-agensi dibawah pengurusannya, Aqsa Syarif, i4Syria, Rose2Rose, PACE, NICE dan Salam Iraq melancarkan Program Ramadhan buat tahun ke-6 pada tahun ini bertemakan “Ibadah kita, Kegembiraan Mereka” bermula 1 Jun sehingga 15 Julai 2016.
Kami mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama kami melalui beberapa kempen berikut:
1) Projek Ramadhan 1437 H (Bantuan Kemanusiaan)
Penajaan Makanan (Sahur, Iftar dan Pek Makanan) dan Hadiah Raya akan diagihkan kepada lebih 100,000 individu ditempat-tempat berikut:
= Masjid Al-Aqsa (Baitul Makdis)
= Tebing Barat
= Syria
= Kem Pelarian Palestin & Syria di Lubnan
= Kem Pelarian Syria di Jordan
= Pelarian Rohingya
= Komuniti Islam di Myanmar
Selama 5 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan RM 70 Juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia. Muat turun brosur Ramadan MyCARE disini:
![]()
2) Kempen Perkongsian #PembelaUmmah
Jemput kami ke pejabat, tempat kerja dan sekolah anda ramadhan ini untuk berkongsi berkenaan isu-isu ummah dan kemanusiaan! Manfaatkan masa rehat (1.00 ptg – 2.00 ptg) untuk mengambil cakna dan membantu saudara-saudara seislam kita di Malaysia dan di seluruh dunia. Ikuti maklumat terkini melalui Facebook Page: Pembela Ummah atau hubungi En.Wan Luqman di talian 019-481 5584.
![]()
3) Program Imam Palestin
Imam-imam Palestin untuk memberi perkongsian terkini berkenaan isu Palestin dan imam solat. Ikuti perkembangan Imam Palestin di Facebook Page: Imam Palestin atau hubungi En.Munawer di talian 019-643 3744 bagi keterangan lanjut.
4) Iftar Kemanusiaan Perdana (The Space U8)
Berkongsi kegembiraan dan beramal melalui pakej Iftar Kemanusiaan Perdana. Hubungi nombor telefon yang tertera untuk maklumat lanjut.
![]()
Ayuh bersama kami ramadhan ini dalam membantu saudara-saudara kita yang memerlukan diluar sana! Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan” .(Tirmizi)
“Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka” #MyRamadhan #MyCARE [Ph]