MyCARE mara selangkah lagi

Alhamdulillah, pada hari Rabu, 6 Oktober 2021 telah berlangsungnya mesyuarat penutup untuk program yang telah dikendalikan selama hampir 2 tahun.

Bermula pada 2 Oktober 2019, MyCARE telah dipilih oleh OIC untuk terlibat di dalam satu program yang dibiayai sepenuhnya untuk menambahbaik dan memperkukuh organisasi MyCARE ke arah menjadi sebuah organisasi kemanusiaan bertaraf antarabangsa.

Program kerjasama antara OIC, USAID dan IMC ini dilaksanakan khusus untuk MyCARE agar penambahbaikan dapat dilaksanakan berdasarkan hasil penilaian ke atas proses-proses sedia ada. Bermula dengan latihan selama 1 minggu pada Disember 2019, ianya diikuti dengan lawatan kerja selama 6 bulan di pejabat MyCARE secara fizikal dan maya oleh para pakar dan perunding yang berpengalaman luas di dalam bidang kemanusiaan.

Walaupun program ini terpaksa dilanjutkan beberapa kali kerana pandemik COVID-19, ianya telah berjaya diteruskan secara maya. Semoga dengan ilmu dan latihan yang diterima dapat menambahkan lagi kemantapan dan kesungguhan MyCARE untuk meneruskan usaha dengan segala kepakaran untuk melaksanakan kerja dengan cekap dan profesional.

Nurturing Humanity. Making a Difference

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Wira Tanpa Senjata: Misi Harus Diteruskan

Ayuh bersama meraikan dan mendengar perkongsian ahli Misi Freedom Flotilla Coalition dan Global Sumud Flotilla ke Gaza.   Puan Norsham Abu Bakar (MyCARE)Tuan Haikal Abdullah

Agihan Roti | 16 Oktober 2025

Alhamdulillah, selesai 9 hari pembuatan dan penyaluran 5,000 keping roti untuk penduduk Gaza yang memerlukan.   Terima kasih atas sokongan anda yang membolehkan kami meneruskan

Agihan Roti | 15 Oktober 2025

Hari ini, seorang anak di Gaza dapat makan roti kerana anda.   5,000 keluarga tidak tidur dengan perut kosong.   Mungkin kita kurang merasainya kerana

Dua trak tepung berjaya masuk Gaza

Alhamdulillah, dua lagi trak bantuan MyCARE berjaya memasuki Gaza membawa sinar harapan kepada ribuan keluarga yang masih bergelut mendapatkan makanan asas.   Sebanyak 1,600 guni