Pihak MyCARE amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian pihak Kedutaan Malaysia di Kemboja, Filipina dan Nepal menerima kunjungan pasukan Misi Kemanusiaan MyCARE baru-baru ini.
Sambutan mesra serta keterbukaan pihak kedutaan amat kami hargai dan menjadi penyuntik semangat buat team MyCARE dalam meneruskan usaha-usaha kemanusiaan merentasi sempadan.
Kami percaya bahawa kerjasama erat antara pertubuhan kemanusiaan dan pihak kedutaan adalah salah satu kunci kepada misi yang lebih berimpak dan inklusif.
Semoga hubungan baik ini akan terus berkembang demi kebaikan sejagat. Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan penerimaan yang sangat bermakna.