Larian kemanusiaan W4H 2020 tarik minat peserta

SERDANG, 16 Februari 2020 – Program Walk4Humanity 2020 telah berlangsung dan telah disertai oleh 1,000 orang peserta daripada pelbagai latar belakang dan negara. Acara ini telah dirasmikan oleh YB Dr Ong Kian Ming iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Senator Puan Raj Munni Sabu Ahli Dewan Negara, YB Datuk Hasanuddin Ahli Parlimen H.Langat, YB Saari Sungib DUN kawasan Hulu Kelang, juga turut hadir memberikan sokongan ialah Datin Seri Shamsidar iaitu isteri kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Acara telah berlangsung bermula seawal jam 6.20 pagi sehingga pukul 10.00 pagi, terdapat 4 kategori larian iaitu kategori larian 7km, 5km, Runfugees dan Run On Wheels (ROW), sebuah tarikan baru dalam kategori larian yang lain daripada yang lain ialah kategori Runfugees, di mana peserta larian berlari dan menaja pelarian untuk lari bersama, manakala kategori Run On Wheels pula meraikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) beserta ibu bapa yang membawa anak kecil di dalam stroller, untuk bersama-sama berlari.

Setelah itu, peserta yang menyertai turut diraikan dalam sebuah majlis penyampaian hadiah bagi para pemenang setiap kategori dan disamping itu juga, terdapat cabutan bertuah yang ditaja oleh Isetia Homestay, Lotus Desaru Beach Resort and Spa, hamper yang ditaja oleh Muzzhijab dan voucher tajaan TSTC Discovery Services. Tidak dilupakan juga kepada penaja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ihsan Care Berhad, Ultron dan MAEPS.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan khususnya semua pihak yang terlibat, yang menyokong usaha murni ini. Semoga objektif utama larian ini iaitu pengumpulan dana bagi kempen tangan dan kaki palsu serta pengumpulan dana operasi bagi Pusat-Pusat Komuniti Wanita Rose2Rose dapat dicapai.

Terima kasih sekali lagi kepada semua!

Foto oleh : Zulfadhli Zaki & Raihan Mohd Saleh /MyCARE

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.