Alhamdulillah, kapal Handala sudah pun memulakan pelayarannya ke Gaza semalam!
Kapal ini berlepas dari Siracusa, Sicily, Itali dan akan singgah sebentar di Gallipoli sebelum menuju ke Gaza.
FFC telah bekerjasama sekali lagi dengan Forensic Architecture untuk melengkapkan Handala dengan sistem pengesanan moden dan canggih. Teknologi ini penting dalam memastikan keselamatan kru dan anak kapal, mengekalkan ketelusan tentang lokasi kapal, dan memastikan pihak yang cuba mensabotaj dan menyerang kapal ini akan dipertanggungjawabkan.
Ikuti pelayaran Handala dan ketahui kedudukan terkininya di sini: