Hi-Tea, perkongsian & forum Palestin

Hi Tea 4 Palestin: Kami Tetap Bersamamu Palestin telah berlangsung dengan penuh bermakna bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani.

 

Program yang dianjurkan sempena MRT Kedah pada hari Sabtu berjaya menghimpunkan para pencinta kemanusiaan yang komited memperjuangkan hak rakyat Palestin.

 

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan istimewa iaitu Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin, personaliti Halaqah TV3 dan panelis Astro Oasis, yang merasmikan program ini dengan ucapan yang cukup menyentuh jiwa.

 

Turut hadir Haji Abd Wahab Yahya selaku Pengurus MyCARE Kedah, Dr. Tengku Shahrom Bin Tengku Shahdan (Pensyarah Universiti Antarabangsa Albukhary), Sheikh Moaz Omar dari Palestinian Cultural Organisation (PCOM), serta dua aktivis kemanusiaan yang telah menaiki kapal Freedom Flotilla Coalition, Dr. Fauziah Hasan dan Puan Norsham Abu Bakar.

 

 

 


 

 


 

 

Para hadirin disajikan dengan tayangan video MyCARE mengenai perkembangan misi bantuan di Gaza, diikuti perkongsian pengalaman Puan Norsham sebagai sebahagian daripada misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza 2025 yang memberi inspirasi terhadap keberanian dan keteguhan rakyat Palestin.

 

Forum bertajuk Kami Tetap Bersamamu Palestin turut menjadi tumpuan utama apabila panelis membincangkan situasi kemanusiaan terkini di Gaza serta peranan masyarakat Malaysia dalam terus menyokong perjuangan mereka. Suasana penuh emosi dan solidariti ini menegaskan bahawa penderitaan rakyat Palestin tidak pernah dilupakan.

 

 


 

 

 

 


 

 

 

Program ditutup dengan sesi penyampaian cenderahati dan bergambar sebagai simbolik ikatan ukhuwah yang terjalin demi Palestin.

 

Terima kasih kepada semua yang hadir dan terus berdiri bersama perjuangan rakyat Palestin. Selagi ada nyawa dan nurani, selagi itu Malaysia akan tetap bersama Palestin.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.