[GOS7.0] Program bersama anak yatim Syria

Setelah sekian lama anak-anak yatim Syria ini hidup sekadar apa ada sahaja, delegasi MyCARE telah menyantuni 50 orang anak yatim pelarian Syria dalam misi Gifts of Smiles 7.0.

Program pada 5 Disember ini bertujuan untuk membeli pakaian musim sejuk kepada mereka. Sebelum itu, kami menjamu anak-anak ini di sebuah restoran sebelum menggembirakan mereka dengan membawa ke tempat permainan arcade.

Subhanallah! Mereka sangat teruja dan gembira. Terlupa sebentar dengan trauma perang, dan kehidupan seharian mereka. Yang tak pernah lihat permainan arcade pun ada.

Kemudian kami membawa anak-anak yatim ini untuk membeli pakaian musim sejuk. Pakaian lama mereka pun sudah koyak dan kurang elok. Musim sejuk pula boleh cecah sampai 1.1°C. Sebanyak 900 lira gift card telah diberikan kepada mereka bagi membeli persediaan musim sejuk.

Terima kasih kepada para penyumbang MyCARE dalam Tabung Winter Relief 2021.

Teruskan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan di:

https://mycare.qrd.by/winter

atau melalui transfer di dalam talian:

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592

Rujukan: Winter Relief

Hantar bukti sumbangan ke:
WhatsApp – 016 636 6369 atau
winterrelief@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Level up skill editing anda!

Sempena MRT 3.0, MyCARE Melaka bekerjasama dengan Kapten Digital untuk bawakan kepada anda sebuah workshop yang padat dan power!Hands-on belajar editing gambar dan video (Canva

Perpustakaan mini GoS

Alhamdulillah, petang semalam Rose2Rose dengan kerjasama MWCQP telah mengadakan mesyuarat pertama bagi projek Mini Library Sandakan di bawah program Gift of Smiles.Mesyuarat ini turut disertai