Econsave serahkan sumbangan di Lombok

Alhamdulillah misi yang diketuai oleh Dr. Mohd Zin Bin Kandar Bersama-sama Pengurus Besar Econsave En. Mas Imran bin Adam, Wartawan dan KRS Musleh ke Lombok pada kali ini telah selamat tiba dan telah menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia kepada mangsa-mangsa gempa di Lombok. Antara kawasan-kawasan yang telah dihulurkan bantuan dan disantuni oleh peserta misi pada kali ini adalah di Lombok Utara di mana kemusnahan di kawasan ini hampir 90 peratus.
Antara sumbangan yang telah disampaikan pada hari pertama peserta misi sampai ialah Food Pack, Women’s Hygiene Kit di samping menyantuni anak-anak di kawasan ini. Manakala sumbangan yang telah disampaikan dari KRS Musleh yang turut sama pada misi kali ini ialah berupa serahan Projek Madrasah Darurat, (semi kekal) kepada wakil penduduk di kawasan terlibat. Semoga dengan sumbangan yang telah anda semua hulurkan ini dapat meringankan kesusahan mangsa-mangsa gempa di Lombok di samping dapat menceriakan keadaan mereka buat masa ini.



Lagi gambar-gambar di album MyCARE Johor
Sejumlah RM150,000 sedang diedarkan melalui misi MyCARE kali ini untuk tujuan membantu membina 1 masjid semi kekal, 1 bangunan tadika semi kekal. 24 Rumah Senyum, 2 perigi, 400 pek makanan keluarga, 900 hygiene kit untuk wanita, 150 telekung sembahyang, 50 set Back2School, 1,700 bungkusan hadiah untuk kanak-kanak serta RM4,500 wang tunai.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.