Dr. Fauziah Hassan sertai Misi Women’s Boat To Gaza

Alhamdulillah, pertama sekali saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT dan terima kasih kepada Sekretariat Freedom Flotilla Coalition (FFC) kerana memberi peluang, kepercayaan dan penghormatan kepada saya untuk menjadi salah seorang peserta misi ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG). Penyertaan saya dalam misi ini bukan atas kapasiti individu tetapi mewakili keluarga, organisasi, negara, wanita, dan semua umat Islam dan manusia di seluruh dunia yang cintakan keamanan.
WBG_RevealDrFH-18
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pemegang Amanah, Ketua Pegawai Eksekutif dan kakitangan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) atas sokongan padu mereka kepada misi ini. Kepada suami dan keluarga saya, terima kasih kerana sentiasa bersama saya pada setiap momen dalam hidup saya.
Kami di MyCARE menyokong sepenuhnya usaha yang dilakukan oleh FFC untuk menamatkan sekatan ke atas Gaza walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran dan cabaran. Usaha murni ini wajar mendapat sokongan semua pihak. Ketika ini pelbagai persiapan sedang giat dijalan bagi memastikan keselamatan dan kesempurnaan perjalanan misi. Kapal ‘Amal-Hope’ yang akan saya sertai nanti dijadualkan akan belayar pada 14 September dari Barcelona dan dijadualkan tiba di Gaza pada 1 Oktober, insyaAllah.
Misi kemanusiaan ini melibatkan wanita sahaja untuk menunjukkan bahawa wujud satu kesatuan suara dalam menamatkan sekatan Gaza yang mengatasi perbezaan jantina, bangsa, agama dan sempadan geografi. Ia adalah satu misi kemanusiaan yang tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan kebebasan dinikmati oleh semua pihak sepertimana kata-kata Nelson Mandela, “We know too well that our freedom is incomplete without the freedom of the Palestinians.”
Kepada rakyat Gaza, anda semua sentiasa dalam doa kami. Ini adalah pengorbanan kecil kami untuk memastikan nasib anda didengar dan diendahkan oleh dunia, insyaAllah. Daya tahan, keberanian dan semangat kuat menghadapi kepungan, serangan, penindasan dan diskriminasi yang berterusan adalah nilai-nilai yang dapat kita pelajari dan contohi dari rakyat Palestin. Saya telah menyaksikan semua ini apabila diberi peluang untuk memasuki Gaza sebanyak dua kali; kedua-duanya sejurus selepas serangan rejim Zionis Israel pada tahun 2009 dan 2012.
Ayuh sama-sama kita berdiri dalam perpaduan dengan FFC dan pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan lain yang turut berusaha untuk menamatkan kepungan ke atas Gaza dan memberi harapan kepada rakyat Gaza menuju masa depan yang lebih cerah dan lebih selamat, insyaAllah. Sama-sama kita doakan agar misi ini berjaya mencapai objektifnya.
Dr Fauziah Mohd Hasan
Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
Penasihat, Rose2Rose (R2R).
(Nota: Kenyataan Media Dr.Fauziah Mohd Hassan di laman web Women’s Boat to Gaza)

Statement from Malaysian participant in WBG Dr Fauziah Mohd Hasan

One comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.