Bertemu di Dublin, Sasar Misi Lebih Besar ke Gaza pada 2026, Seru Sokongan Tegas Global

DUBLIN, Ireland – Freedom Flotilla Coalition (FFC), bersama inisiatif global yang menutut agar Israel menamatkan sekatan haram ke atas Gaza, telah selesai bermesyuarat selama empat hari di Dublin dari 5 hingga 8 Disember 2025. Delegasi daripada pelbagai pertubuhan anggota, jawatankuasa kerja gabungan dan rangkaian solidariti rakan kongsi telah bersama-sama berhimpun untuk melakukan penilaian bagi misi tahun ini serta memuktamadkan rancangan bagi pelayaran 2026 yang akan diperluaskan secara besar-besaran. FFC, yang telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan kini mempunyai lebih daripada 18 kempen kebangsaan telah belayar dengan puluhan bot untuk mencabar sekatan laut haram Israel ke atas Gaza yang termasuklah dengan pelayaran Madleen, Handala dan Conscience pada tahun 2025.

Ahli-ahli mensyuarat menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap perkembangan terkini di Gaza ekoran kononnya perlaksanaan ‘gencatan senjata’ yang mana terus dilanggar oleh rejim Israel tanpa sebarang akibat, membunuh ratusan penduduk Palestin yang termasuklah dengan 70 orang kanak-kanak, menafikan kemasukan bantuan kemanusiaan yang mencukupi ke Gaza yang termasuk dengan khemah dan selimut untuk membantu keluarga-keluarga yang diusir dalam cuaca ekstrem musim sejuk, bekalan perubatan dan juga susu formula bayi. Kami sekali lagi menegaskan usaha bagi menoktahkan genosid, mengangkat sekatan dan membubarkan sistem aparteid dan penjajahan yang bertekad lamanya memerlukan koordinasi dalam kalangan masyarakat sivil pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mesyuarat tahun ini berlangsung hanya tiga minggu selepas kelulusan Resolusi 2803 Majlis Keselamatan PBB yang meluluskan rancangan Trump untuk Gaza. Penggubalan resolusi tersebut menandakan pengkhianatan bersejarah yang bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, tetapi juga terhadap asas utama yang didakwa dipertahankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Resolusi 2803 mewakili salah satu usaha paling berbahaya dalam sejarah mutakhir untuk menidakkan kerelevanan undang-undang antarabangsa. Ia tidak memberikan sebarang kemajuan kepada soal hak rakyat Palestin dalam sebarang pengertian yang bermakna; sebaliknya, ia mewujudkan satu bentuk pemegang amanah berbentuk neo-kolonial yang diketuai oleh kuasa-kuasa yang selama beberapa dekad telah membekalkan senjata, membiayai, dan melindungi kekejaman Israel secara politik.

“Secara hakikatnya, Resolusi 2803 Majlis Keselamatan merupakan pengabaian moral oleh kerajaan-kerajaan paling berkuasa di dunia dan oleh institusi yang telah gagal mempertahankan rakyat Palestin selama lebih 80 tahun,” kata ahli Jawatankuasa Pemandu FFC, Huwaida Arraf daripada US Boats to Gaza. “Apabila negara gagal, rakyat mesti bertindak. Ini bukan masa untuk melengahkan sebarang usaha, tetapi untuk memperhebatkan perjuangan untuk menghentikan penjajahan, memperluaskan barisan kita dan menukar semangata kemarahan secara bersama menjadi satu momentum global yang tidak dapat dihentikan.”

Seorang lagi ahli Jawatankuasa Pemandu FFC, Bent Erik Krøyer dari Ship to Gaza Denmark, menambah: “Freedom Flotilla akan belayar lagi pada 2026. Bukan sebagai isyarat simbolik, tetapi sebagai deklarasi berani bahawa masyarakat sivil tidak akan berdiam diri sementara Gaza terus dizalimi dan dimusnahkan. Kami sedang menyediakan lebih banyak kapal, lebih banyak penyertaan antarabangsa dan lebih banyak tindakan yang lebih bersatu berbanding sebelumnya.”

Usaha FFC untuk memecahkan sekatan laut ke atas Gaza berkembang dengan cukup berimpak pada tahun 2025 apabila kami disertai oleh dua inisiatif baharu utama iaitu Global Sumud Flotilla (GSF) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), yang menghasilkan bilangan kapal yang cukup banyak dalam sejarah yang belayar untuk mencabar pembunuhan beramai-ramai dan pengepungan haram Israel ke atas Gaza. Kedua-dua inisiatif tersebut turut berada dalam mesyuarat di Dublin untuk menyelaraskan usaha kolektif yang lebih besar bagi 2026.

Gaza perlukan kita, perlukan kita semua lebih daripada sebelumnya. Menamatkan pengepungan bukan sahaja suatu keperluan politik; ia adalah kewajipan moral yang cukup penting. Kami akan terus bertindak, mengatur langkah dan berlayar sebagai tanda solidariti sehingga rakyat Palestin di Gaza dapat hidup dengan bebas, bermaruah dan adil.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.