Pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha telah dijemput oleh Spectrum International School, Putrajaya untuk menyampaikan perkongsian pengalaman Misi Kemanusiaan Gempa Turkiye.
Penyampaian dalam Bahasa Inggeris itu dihadiri oleh 200 orang pelajar lelaki dan perempuan peringkat menengah serta para guru. Program dimulai dengan perkongsian oleh Puan Badria Saleem, koordinator kemanusiaan sekolah berkenaan peri pentingnya penglibatan dalam kerja dan usaha kemanusiaan.
Pihak sekolah turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM7,040 kepada MyCARE hasil kutipan para guru dan murid bagi disalurkan kepada mangsa-mangsa gempa Turkiye – Syria.
Majlis diserikan dengan pemakaian seragam MyCARE di lapangan bagi turut merasai ‘bahang’ petugas kemanusiaan ketika menjalankan tugas membantu mereka yang memerlukan bantuan.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”
Kempen Bencana Sumatera
Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu