Bantuan kepada asnaf & anak yatim di Nepal

Alhamdulillah, sebanyak 12 kotak yang mengandungi pakaian musim sejuk lelaki dan perempuan beserta topi daripada HT Holidays dan Niseko Central, Jepun telah diedarkan kepada 400 orang penerima yang terdiri daripada asnaf dan anak-anak yatim di Madrasah Haramain, Madrasah Muhsinat, Bilal Public School, Hilal Public Secondary School di Kathmandu dan Biratnagar, Nepal.
Program agihan Ini telah melibatkan 3 NGO iaitu Madrasah Haramain, Islami Sangh dan Al-Hira Educational Society Nepal.



Selain daripada sumbangan pakaian musim sejuk, wakil MyCARE iaitu Roha Hassan dan Norfadilah Sulaiman turut mengagihkan alat tulis serta beraktiviti bersama penerima sumbangan.
Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Sabrina Shariff dan Mr. Greg Turner (Group Operation Manager HTM K.K) yang menguruskan sumbangan pakaian musim sejuk tersebut




Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Selain itu, MyCARE turut menghargai bantuan dan kerjasama oleh Dr. Moazam Ansari sekeluarga, Ust. Muhammad Hosein serta En. Ghulam Rasool yang telah memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang proses agihan dan pelaksanaan program oleh wakil MyCARE di Nepal.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Susu Bayi untuk Gaza

Setiap ibu pasti mahu melihat anaknya sihat dan gembira. Namun di Gaza, ramai ibu hanya mampu memeluk anak yang menangis kelaparan kerana tiada lagi susu

Hi-Tea, perkongsian & forum Palestin

Hi Tea 4 Palestin: Kami Tetap Bersamamu Palestin telah berlangsung dengan penuh bermakna bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani.   Program yang dianjurkan sempena

Pek sayur & buah di Gaza

Bantuan sampai!   Alhamdulillah, MyCARE baru sahaja mengagihkan pek makanan sayur sayuran dan buah-buahan kepada penduduk di Gaza. Sebahagian penerima bantuan, ini merupakan kali pertama