Baju Raya hadiah dari Algeria

Baju raya untuk dia
Buat mereka ceria semuanya
Walaupun tak dapat keluar tunjuk gaya
Tetap namanya baju raya.

Baju baru untuk dia
Warna warni ceria
Buat anak-anak Rohingya
Disumbang rakyat Algeria
Diurus rakyat Malaysia.

Baju raya untuk dia
Satu lagi kisah bahagia
Dalam diari hidupnya
Tanda ada yang take care pada mereka.

Baju baru untuk dia
Penuh harapan buat mereka
Moga raya membawa berita
…ada cerita indah di masa depannya
Masih ada yang sayang sejauh Algeria.

Puisi ini menggambarkan perasan gembira anak-anak Rohingya yang menerima baju raya sebagai sebahagian daripada sumbangan dari rakyat Algeria melalui organisasi, “Irsyed & Islah Association Algerian”.

Alhamdulillah sebanyak 100 helai pakaian hari raya buat anak-anak Rohingya serta 100 pek makanan buat keluarga Rohingya telah diagihkan di Sungai Tekali, Seri Kembangan, Meru dan Kampung Sungai Pinang Dalam.

Di samping itu, sumbangan barangan tajaan Nestle seperti Milo, susu, Nescafe, mee segera turut diedarkan. 300 balang biskut raya dari projek usahawanita PPR HICOM serta pek face mask dan hand sanitizer tajaan Uswah melengkapkan sumbangan kali ini.

Para derwamawan yang ingin turut menggandakan pahala amal boleh bersama MyCARE dengan menyumbang melalui tabung MyRamadan.

Berikut adalah cara untuk menggandakan pahala 10 akhir Ramadan:

https://donate.mycare.org.my/c/myramadan

Semoga ada sinar kegembiraan buat mereka di bulan Ramadan dan di musim COVID-19 ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan

Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin

Keadaan keluarga di Palestin terus berada dalam keadaan yang sangat mencabar akibat konflik yang berpanjangan. Di sebalik setiap khemah dan rumah-rumah yang telah runtuh di

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan