Perasmian Aqsapedia.net

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2019 – Sempena memperingati 50 tahun tragedi kebakaran Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969, YAB Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir telah melancarkan Aqsapedia.net di dalam satu majlis di Hotel Putra, anjuran Al-Quds Foundation Malaysia (QFM) dan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE).

Aqsapedia.net adalah sebuah ensiklopedia atas talian yang berfungsi sebagai pusat sumber yang komprehensif berkenaan Masjid al-Aqsa daripada sejarahnya sehingga ancaman yang dihadapi.

Ia dibangunkan oleh pasukan QFM dengan bantuan pakar-pakar dalam bidang Al-Quds dan Masjid al-Aqsa.

Aqsapedia tersedia dalam 8 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Indonesia, Thai, Mandarin, Tamil dan Hindi.

Turut hadir di dalam majlis ialah Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi MyCARE), Ustaz Nor Khaliq Ramadan (Penasihat Sadaqa Mulia, Indonesia), Ustaz Oke Setiadi Affendi (Pengerusi Asia Pacific Community for Palestine, ASPAC) dan tetamu kehormat daripada pelbagai negara, NGO serta institusi lainnya.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

MyCARE turut menyumbang RM30,000 untuk membangunkan Aqsapedia.

Semoga ensiklopedia ini dapat memberikan manfaat kepada orang ramai untuk mengenali Palestin.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan

Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin

Keadaan keluarga di Palestin terus berada dalam keadaan yang sangat mencabar akibat konflik yang berpanjangan. Di sebalik setiap khemah dan rumah-rumah yang telah runtuh di

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan