Bersama kanak-kanak Rohingya Madrasah Rabbaneeyah

Pada 31 Mei 2019, aktivis Rose2Rose, telah melaksanakan program serahan baju yang dijahit khas oleh wanita pelarian yang berada di kem Cox’s Bazar kepada anak-anak Rohingya di Madrasah Rabbaneeyah, Ampang. Di samping itu, Pn. Ramona dan Pn.Azian turut memberikan perkongsian mengenai penglibatan mereka dalam misi Gifts of Smiles 6.0 ke Cox’s Bazar, Bangladesh kepada para aktivis Rose2Rose yang hadir.

Anak-anak Rohingya ini juga turut dihiburkan dengan slot aktiviti kanak-kanak dan pemberian biskut raya. MyCARE juga turut menerima sumbangan daripada pihak Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (BAKIP) bersempena kempen MyRamadan.

Lagi gambar-gambar di FB Rose2Rose

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma budiman, dan sukarelawan yang terlibat. Jazakumullah khayral jaza’.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”



Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per