MyCARE diaudit oleh BDO Jordan

MyCARE menjadi pelaksana projek UNHCR Malaysia sejak awal tahun 2018 melalui projek Cash Based Intervention(CBI).

United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) adalah antara salah satu agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang fokus kepada melindungi pelarian, komuniti yang terpaksa meninggalkan tanah air, orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan, membantu pengembalian secara sukarela atau penempatan ke negara ketiga.

CBI merupakan bantuan kewangan jangka masa pendek kepada pelarian di Malaysia yg berisiko tinggi seperti masalah kesihatan, ibu tunggal, ketua keluarga ditangkap atau hilang yang tiada punca pendapatan, mangsa penderaan dan pelbagai lagi risiko.

Melalui projek ini, seramai 7 orang kakitangan MyCARE telah ditugaskan di lapangan bagi menyantuni seramai 175 isi rumah dan 112 daripadanya telah dinilai layak menerima bantuan. Projek ini dijalankan di negeri Kedah, Penang, Kelantan dan Terengganu. Melalui projek ini juga, UNHCR turut membantu kakitangan MyCARE berkenaan cara kerja yang melibatkan pelarian melalui latihan dan pemantauan berkala.

Pada 18 & 19 April, telah berlangsung sesi audit oleh firma audit BDO Jordan yang telah dilantik oleh UNHCR HQ. Sesi audit tersebut telah dihadiri oleh auditor BDO Jordan, BDO Malaysia dan Project Control UNHCR Malaysia. Firma audit BDO merupakan antara 10 firma audit terbaik dunia.

Keputusan audit akan diketahui dalam masa seminggu. MyCARE akan sentiasa berusaha untuk terus telus menguruskan projek- projek kemanusiaan di rantau ini. Doakan kami.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.  

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa