Majlis penutup Kempen We Are All Mary

Pada 9 Mac lalu, Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (GWMQP) atau Malaysian Women’s Coalition for Al- Quds and Palestine (MWCQP) telah mengadakan majlis penutup bagi Kempen Kita Semua Maryam – We Are All Mary – Kulluna Maryam di Masyi Kopitiam, Cyberjaya.

Kempen ini telah dilancarkan secara global pada 28 Jan 2019, manakala pelancaran di peringkat Malaysia telah diadakan pada 29 Jan 2019.

Nama “Maryam” telah dipilih sebagai ikon bagi kempen ini kerana Maryam alaiha salam lahir di Al-Quds dan beliau turut diuji dengan tohmahan dan penindasan setelah melahirkan anaknya Nabi Isa alaihi salam sama seperti apa yang sedang dialami oleh wanita Palestin saat ini.

Majlis ini telah dihadiri oleh lebih 100 orang terdiri daripada VVIP, aktivis, sukarelawan dan juga orang awam. Majlis Penutup ini telah disempurnakan oleh YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin, dan turut hadir Dr. Fauziah Mohd Hasan selaku Pengerusi Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin.

Kempen Kita Semua Maryam ini dilaksanakan bertujuan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai perjuangan, tekanan dan tribulasi yang dihadapi oleh wanita Palestin.

Sepanjang kempen ini berlansung, GWMQP telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik bagi memberikan penjelasan mengenai isu kemanusiaan khususnya berkaitan Al-Quds dan Palestin. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah, mendekati orang ramai dan memberikan kefahaman mengenai Palestin di Pasar Stadium Melawati, dan di Econsave Alam Jaya yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan), temu bual di stesen televisyen Al-Hijrah, pertandingan video “What Do You Know About Al-Quds and Palestine?”, mengambil gambar sambil memegang placard kempen dan pelbagai lagi.

Teruskan menyokong usaha-usaha memperkasakan dan memperjuangkan nasib wanita Palestin.

Jemput LIKE page GWMQP untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen dan aktiviti menarik selepas ini!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.