MyCARE sokong pendirian tegas kerajaan terhadap Israel

Rabu, 16 Januari 2019 – Sebanyak 43 buah NGO yang diketuai oleh Pengerusi Boycott Divesment Sanctions (BDS) Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Nazari Ismail menyampaikan memorandum sokongan kepada kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri di atas tindakan kerajaan yang tidak membenarkan atlet Israel untuk beraksi di negara ini.
Delegasi tersebut disambut baik oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra.


Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keputusan pertama diputuskan kerajaan adalah wakil Israel tidak dibenarkan masuk ke negara ini bagi menghadiri sebarang acara sama ada bertaraf antarabangsa, sukan dan sebarang program lain.
Katanya, kedua adalah Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah kepada apa-apa acara yang mempunyai penglibatan rakyat Israel.
“Sebelum pentadbiran baharu, telah ada tiga mesyuarat Kabinet yang buat keputusan penting tentang hubungan Malaysia dengan Israel.
“Bagi keputusan dua minggu lalu, saya kiranya adalah pendirian paling tegas pernah dibuat (membabitkan hubungan Malaysia dan Israel,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Prof. Nazari mengakhiri sidang akhbar dengan menyatakan, “Kami juga berharap pihak kerajaan akan lebih serius dalam usaha memberi tekanan kepada syarikat-syarikat asing di Malaysia yang menyumbang kepada kezaliman rejim Zionis Israel di Palestin.”
Sidang akhbar tersebut juga dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Ikram Mohamed Salleh selaku wakil Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, diiringi oleh Timbalan Pengerusi BDS, En. Khalid Jimat yang juga merupakan Pengurus Penyelidik dan Pendidikan MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan

Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin

Keadaan keluarga di Palestin terus berada dalam keadaan yang sangat mencabar akibat konflik yang berpanjangan. Di sebalik setiap khemah dan rumah-rumah yang telah runtuh di

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan