Pertemuan MyCARE dengan Menteri Luar Negeri

PUTRAJAYA, 13 Julai 2018 – Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri atas kesudian bertemu empat mata dengan delegasi MyCARE petang tadi.
Dalam pertemuan ringkas tadi, delegasi MyCARE yang diketuai oleh Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor memberikan sedikit penerangan kepada YB Dato’ tentang Misi Flotila ke Gaza 2018 – Just Future for Palestine (JFP) yang disertai oleh MyCARE.

Ini sebahagian daripada persediaan untuk berdepan kemungkinan ahli misi JFP ditawan oleh Zionis Israel atau misi berdepan dengan situasi yang memerlukan bantuan Kementerian Luar Negeri. Insya Allah, seperti mana misi Women’s Boat to Gaza (WBG) 2016, misi JFP 2018 akan turut mempunyai seorang wakil Malaysia.
Flotila JFP ini ketika ini berhenti sebentar di Naples, Itali dan dijangka akan membuat satu lagi perhentian sebelum belayar menuju ke Gaza pada 20hb Julai nanti. Sekiranya tiada sebarang halangan, flotila dijangka tiba di Gaza pada 28hb Julai.
Selain berbincang tentang JFP, MyCARE juga memohon sokongan YB Dato’ untuk membawa bantuan perubatan ke Gaza yang berada pada tahap kritikal pada hari ini ekoran operasi ketenteraan Zionis Israel ke atas penduduk Gaza yang menyertai kempen The Great Return March (GRM) yang dilancarkan sejak 30 Mac 2018. Angka korban telah mencecah 140 orang sementara lebih 10,000 orang dilaporkan cedera.

Mohon doa daripada anda semua semoga pertemuan ini membuahkan hasil yang baik untuk rakyat Palestin nanti.
Teruskan mengikuti MyCARE untuk perkembangan JFP2018.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan

Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin

Keadaan keluarga di Palestin terus berada dalam keadaan yang sangat mencabar akibat konflik yang berpanjangan. Di sebalik setiap khemah dan rumah-rumah yang telah runtuh di

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan