Bantuan pek makanan ke Yaman

Konflik perang di Yaman agak jarang diketengahkan oleh media-media.
Bangunan dan rumah habis musnah. Orang awam terpaksa melarikan diri ke kawasan yang aman demi menyelamatkan nyawa mereka. Walaupun kehilangan ahli keluarga, bekalan makanan dan air terputus, trauma, hilang pekerjaan, mereka tetap meneruskan kehidupan di dalam khemah-khemah uzur di tengah padang pasir.
Saban tahun, MyCARE bersama rakyat Malaysia tetap menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Yaman. Pek makanan, bekalan air, pakaian dan pelbagai lagi telah disalurkan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin.



Sekali lagi tahun ini MyCARE bekerjasama dengan NGO tempatan, Charitable Society for Social Welfare (CSSW) untuk menghulurkan bantuan pek makanan kepada pelarian Yaman di:
1. Aljawf
2. Rada’a
3. Amanah A’simah
Bantuan ini bernilai RM200,000 disumbangkan oleh orang ramai dalam tabung MyRamadan 1439H. Masih ramai lagi di luar sana menerima nasib sebegini dan belum mendapat apa-apa bantuan. Ayuh teruskan bersedekah di bulan Ramadan ini!
Salurkan bantuan anda di www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282
Reference: myramadan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan

Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin

Keadaan keluarga di Palestin terus berada dalam keadaan yang sangat mencabar akibat konflik yang berpanjangan. Di sebalik setiap khemah dan rumah-rumah yang telah runtuh di

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan