Solidariti Great Return March dari Malaysia

Rakyat Malaysia sekali lagi turun bersolidariti bersama rakyat Palestin yang sedang menajalankan kempen The Great Return March yang bertujuan untuk pulang ke tanah asal mereka.
Himpunan ini dimulakan seusai Solat Jumaat di Tabung Haji dan terus berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.
Lebih dari 40 buah NGO menandatangani memorandum dengan objektif mendesak Presiden Donald Trump untuk tidak berdiam diri terhadap tindakan zalim Zionis Israel yang telah membunuh lebih dari 30 orang rakyat Palestin di dalam The Great Return March.




Rakyat Palestin di seluruh daerah mula berkumpul pada 30 Mac lalu di sempadan Gaza-Israel, West Bank-Israel dan sempadan lain dengan tujuan untuk mendapatkan hak mereka semula; iaitu pulang ke tanah asal milik mereka yang dirampas Zionis Israel.
Sebelum negara haram Israel muncul, tanah-tanah ini adalah milik rakyat Palestin sebelum mereka dihalau keluar dan ditempatkan di kem-kem pelarian.
Protes The Great Return March dilakukan secara aman tetapi tentera Zionis Israel telah menempatkan 100 orang penembak tepat di sempadan-sempadan dan telah membunuh lebih dari 30 orang rakyat Palestin.
Manakala di pihak Israel pula, tiada kecederaan direkodkan.
Malaysia menyokong penuh hak rakyat Palestin untuk pulang dan menuntut tanah asal mereka.




Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Amerika Syarikat sepatutnya tidak menggunakan kuasa vetonya di mesyuarat PBB seperti yang dilakukannya apabila 2 kali menolak draf resolusi membantah tindakan rejim Zionis Israel yang sedang membunuh rakyat Palestin dalam The Great Return March.
Rakyat Malaysia akan terus membantu perjuangan Palestin sehingga pembebasan bumi al-Quds ini.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia dan rakan-rakan NGO yang turut serta dalam perhimpunan sebentar tadi serta pasukan polis yang mengawal lalulintas dan rakan media yang membuat liputan.
Bagi yang berminat untuk menaja anak-anak Gaza untuk menjadi hafiz al-Quran, anda boleh menaja pembelajaran mereka di: www.billplz.com/tajahafiz
atau melalui akaun atas nama HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD
MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
BANK ISLAM: 1209-20100-34904
Letakkan ref ‘tajahafiz’ atau WhatsApp/Telegram infaq anda ke +6019-655 1948 (En. Aiman).
Laporan penuh batch 1:
http://bit.ly/laporan-batch1

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Wira Tanpa Senjata: Misi Harus Diteruskan

Ayuh bersama meraikan dan mendengar perkongsian ahli Misi Freedom Flotilla Coalition dan Global Sumud Flotilla ke Gaza.   Puan Norsham Abu Bakar (MyCARE)Tuan Haikal Abdullah

Agihan Roti | 16 Oktober 2025

Alhamdulillah, selesai 9 hari pembuatan dan penyaluran 5,000 keping roti untuk penduduk Gaza yang memerlukan.   Terima kasih atas sokongan anda yang membolehkan kami meneruskan

Agihan Roti | 15 Oktober 2025

Hari ini, seorang anak di Gaza dapat makan roti kerana anda.   5,000 keluarga tidak tidur dengan perut kosong.   Mungkin kita kurang merasainya kerana

Dua trak tepung berjaya masuk Gaza

Alhamdulillah, dua lagi trak bantuan MyCARE berjaya memasuki Gaza membawa sinar harapan kepada ribuan keluarga yang masih bergelut mendapatkan makanan asas.   Sebanyak 1,600 guni