Penyampaian penajaan anak-anak yatim Syria

MyCARE telah menyampaikan penajaan anak-anak yatim Syria melalui Syrian Women Association (SWA) pada 6 Oktober lalu.
Jumlah keseluruhan penajaan adalah sebanyak RM55,000 yang akan menaja seramai 37 orang anak yatim Syria telah disampaikan oleh Pengurus Besar Operasi MyCARE, Puan Roha Hasan semasa lawatan beliau ke Ibu Pejabat Syrian Women Association di Jordan dengan kerjasama i4Syria Jordan.
MyCARE juga memberi sumbangan kepada wakil SWA, Ummu Abduh bagi menampung kos-kos perbelanjaan pejabat dan program di samping menerima laporan audit dan laporan penajaan anak yatim Syria yang telah ditaja oleh rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.



 





Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Sesi ceramah motivasi turut diadakan untuk wanita-wanita dari golongan asnaf dan ibu tunggal bagi memberikan semangat mereka dalam kehidupan seharian.
MyCARE turut menyumbang 33 set kelengkapan kebersihan kepada wanita-wanita dari golongan asnaf dan ibu tunggal ini.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja anak-anak yatim MyCARE yang komited menaja anak-anak angkat ini. Tidak dilupakan kepada para aktivis i4Syria Jordan yang telah banyak membantu di dalam lawatan kali ini.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.  

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa