Program saringan kesihatan tahanan imigresen Rohingya

LENGGENG, 23 September 2017 – MyCARE sekali lagi bekerjasama dengan pihak Beacon International Specialist Centre dan IKRAMHealth dalam memberikan perkhidmatan rawatan kepada pelarian Rohingya di Malaysia.
Program saringan kesihatan ini dilakukan di Depot Imigresen Lenggeng bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.





Lagi gambar-gambar di FB Nusantara Care
Seramai 81 orang termasuk 2 wanita dan seorang kanak-kanak Rohingya menjalani saringan kesihatan oleh pengamal perubatan dari Beacon Hospital dan IKRAM Health serta dibantu sukarelawan dari MyCARE Selangor.
Seorang ibu dan anak dari Kemboja juga turut menerima saringan kesihatan.
Seramai 10 orang pesakit yang perlu dirujuk untuk rawatan lanjut.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan, Beacon International Specialist Centre, IKRAMHealth, aktivis MyCARE dan yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Walk For Humanity 2026 Kuantan

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh jayanya program Walk For Humanity 2026 di IIUM Kuantan. Terima kasih buat seluruh warga Kuantan yang telah hadir bagi memeriahkan

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO