Bersempena MyCARE Road Tour (MRT) Pulau Pinang 2026, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan sukacitanya menjemput anda ke Hi-Tea Kemanusiaan: Harapan & Masa Depan Anak Yatim – sebuah inisiatif kemanusiaan yang menghimpunkan masyarakat, organisasi dan para penyumbang untuk bersama-sama memperkasakan pendidikan anak-anak yatim.
Kami percaya setiap tajaan dan sokongan pendidikan bukan sekadar memenuhi keperluan pembelajaran, malah mampu menjadi titik perubahan daripada kehidupan yang penuh cabaran kepada masa depan yang lebih cerah dan bermakna.
Setiap anak berhak memiliki impian. Namun, ribuan anak yatim yang terkesan akibat bencana, krisis kemanusiaan dan peperangan, impian untuk melangkah ke sekolah, menimba ilmu dan mengejar cita-cita sering kali terhalang oleh kesukaran hidup.
Bagi mereka pendidikan bukan sekadar peluang untuk membina ilmu, tetapi sinar harapan untuk keluar daripada kitaran kemiskinan dan membina kehidupan yang lebih baik dan mengubah masa depan.
Dana yang dikumpulkan melalui tempahan kerusi atau meja akan disalurkan bagi menyokong program pendidikan anak yatim, termasuk keperluan persekolahan, bahan pembelajaran, bantuan pendidikan serta pembangunan potensi anak-anak yatim. Setiap kerusi dan meja yang ditempah adalah satu pelaburan dalam harapan, peluang dan masa depan seorang anak yatim.
“Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Semoga setiap tajaan dan sumbangan yang dihulurkan menjadi amal kebajikan yang memberi manfaat kepada anak-anak yatim dan menjadi bekalan yang berpanjangan di sisi Allah SWT.
Maklumat Program
Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 3.00 petang – 6.00 petang
Tempat: Hotel Ixora, Perai, Pulau Pinang
Pilihan Tajaan Kerusi dan Meja:
Platinum
• RM300 / Kerusi atau RM3,000 / Meja
Gold
• RM200 / Kerusi atau RM2,000 / Meja
Silver
• RM100 / Kerusi atau RM1,000 / Meja
Tempah kerusi dan meja anda SEKARANG dan jadilah sebahagian daripada harapan yang mereka nantikan.
Klik pautan di bawah untuk menempah kerusi atau meja anda :
https://mycare.qrd.by/hiteappinang
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
En. Aris Bin Taib (www.wasap.my/60194485173)
Cik Shamin Najiha (www.wasap.my/60137444760)
Satu kerusi atau sebuah meja yang anda tempah hari ini mampu membuka lebih banyak peluang pembelajaran untuk mereka esok.
Penajaan Anak Yatim Filipina
Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan