Sebelum ini, MyCARE bersama rakan NGO Takaful for Children Welfare telah berjaya mengesan dan mengemaskini status 651 orang anak yatim tajaan di Palestin (Status Terkini Anak-Anak Yatim MyCARE di Palestin 2025 (https://t.me/MyCARE/16143))
Tahun 2026, MyCARE dengan kerjasama pasukan MyCARE Gaza dan rakan NGO Darul Yatem telah meneruskan pencarian bagi 193 orang lagi anak-anak yatim tajaan di Palestin.
Alhamdulillah, seramai 181 orang telah berjaya dihubungi dan dipastikan statusnya. Namun, 12 orang masih belum berjaya dihubungi dan dipastikan keadaannya.
Status terkini 193 anak-anak yatim tajaan MyCARE tersebut adalah;
170 orang masih hidup dan berada di Palestin
3 orang telah syahid
4 orang telah berkahwin
4 orang telah berpindah ke luar Palestin
12 orang masih belum dapat dipastikan statusnya
Terima kasih kepada semua penaja yang terus setia bersama MyCARE dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim Palestin. Insya Allah, pihak MyCARE akan terus memberikan kemaskini dari semasa ke semasa berkaitan keadaan mereka.
Tabung Kecemasan Banjir Nepal
Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata? Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar