Peluang beli keperluan keluarga

MyCARE telah melaksanakan projek agihan shopping voucher kepada keluarga yang paling terkesan di Gaza City.

 

Sebanyak 125 buah keluarga telah menerima baucar pembelian makanan dengan anggaran sekitar 750 orang penerima manfaat secara keseluruhan. Setiap keluarga menerima baucar bernilai 200 Shekel yang boleh digunakan di pasar tempatan, At-Taj Meat Mall.

 

Keluarga boleh memilih sendiri keperluan mereka mengikut keutamaan masing masing. Ada yang membeli sayur dan buah, ada yang memilih daging dan ayam, dan ada juga yang membeli sedikit manisan untuk anak anak sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.

 


 

 

 

Program ini memberi keutamaan kepada keluarga yang paling terjejas termasuk keluarga besar dengan sumber pendapatan yang tidak stabil, keluarga yang menjaga anak yatim, serta mereka yang dikenal pasti berada dalam keadaan kekurangan makanan yang serius.

 

Sumbangan daripada rakyat Malaysia melalui MyCARE bukan sahaja membantu menyediakan makanan, tetapi juga memulihkan sedikit rasa normal dalam kehidupan keluarga yang sedang diuji.

 

 

Salurkan infaq anda melalui:

 

 

Atau ke akaun:

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602 135 592
Rujukan: ramadan

 

Bukti pembayaran (bank transfer) boleh dihantar ke:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24

Terima kasih semua!

Dipintas dan diculik bukan bererti misi ini gagal.   Perjuangan ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi untuk mencabar kuasa-kuasa besar yang menindas.