Tajaan pakej iftar

Kita kini berada di 10 malam terakhir, malam-malam yang penuh rahmat dan peluang untuk menggandakan amal sebelum Ramadan meninggalkan kita.

Bagi kita, berbuka puasa mungkin sesuatu yang biasa. Namun bagi ramai insan yang hidup dalam serba kekurangan seperti anak yatim, ibu tunggal, keluarga pelarian dan mangsa peperangan, juadah iftar adalah rezeki yang sangat dinanti.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa mengurangkan pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” (Riwayat al-Tirmidzi: 807)

Melalui program Tajaan Pek Makanan Iftar, MyCARE membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja hidangan berbuka yang akan diagihkan kepada 100 penerima di negara-negara terpilih sepanjang Ramadan ini.

Masih belum terlambat untuk kita berkongsi rezeki dalam hari-hari terakhir Ramadan. Mungkin satu tajaan iftar yang kita hulurkan menjadi asbab kebaikan yang besar di sisi Allah.

Setiap penyumbang akan dihubungi bagi meletakkan Nama pada Banner atau Bunting Tajaan semasa program dilaksanakan.

Salurkan tajaan anda melalui:
https://mycare.qrd.by/tajaaniftar

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:
http://wasap.my/60166366369 atau
myramadan@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24

Terima kasih semua!

Dipintas dan diculik bukan bererti misi ini gagal.   Perjuangan ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi untuk mencabar kuasa-kuasa besar yang menindas.