Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengutuk sekeras-kerasnya serangan Amerika Syarikat (AS) dan rejim Zionis Israel ke atas Iran.
Serangan tersebut merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan Artikel 2 piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut semua anggota supaya menyelesaikan sebarang pertikaian secara aman.
Serangan ini telah meningkatkan lagi risiko ketegangan dan ketidakstabilan di rantau Asia Barat yang masih baru sahaja menyaksikan genosid ke atas penduduk Gaza.
Susulan daripada serangan ini, Iran telah bertindak melancarkan serangan balas yang tidak hanya disasarkan kepada Israel bahkan ke atas pangkalan tentera AS di Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain, Kuwait, Jordan, dan Iraq.
Ketika kenyataan ini ditulis, lebih 201 rakyat Iran dilaporkan telah terbunuh dalam serangan AS dan Israel termasuk 148 orang dari sekolah kanak-kanak perempuan di bandar Minab, selatan Iran.
Serangan balas Iran juga telah menyebabkan puluhan rakyat awam di negara-negara Arab cedera akibat terkena serpihan roket balistik dan dron yang dipintas.
MyCARE menggesa supaya AS dan Israel menghentikan serta-merta serangan dan provokasi mereka ke atas Iran dan kembali ke meja rundingan.
MyCARE juga menggesa semua pihak supaya berusaha memastikan jalan diplomasi kembali mengambil tempat.
Langkah ketenteraan yang diambil ketika ini hanya menambah ketegangan dan membahayakan nyawa orang awam.
1 Mac 2026
Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026
Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah